Sunday, February 11, 2018

RESEPI LAKSA PENANG MUDAH

Resepi Laksa Penang Mudah MekLing terjumpa. Terima Kasih kepada Azie Kitchen.

First time harini buatkan tau. Teringin. Nanti nak kena pantang lama pula laksa kan. Sementara belum beranak, kita pulun makan dulu las.

Ingatkan susah nak buat selama ni, rupanya senang je. Main campak je. zass zass zass, siap dah. Tak rumit pon. 

Jom MekLing share sesimple dan mudah mungkin.

Bahan-Bahan:




Untuk Kuah
  1. Ikan Selayang / Ikan Kembung
  2. Asam Keping
  3. Bunga Kantan
  4. Daun Kesom *MekLing tak letak. Lupa beli.
  5. Belacan
  6. Bawang Merah dan Bawang Besar
  7. Cili Boh
  8. Laksa Segera
  9. Garam Kasar
  10. Garam
  11. Gula
Bahan Sampingan
  1. Daun Salad
  2. Bawang Merah 
  3. Cili Padi
  4. Timun
  5. Telur
  6. Limau Nipis
  7. Nenas *MekLing tak beli juga


Cara-Cara:

Laksa segera. Direbus.






Ikan di rebus bersama asam keping dan garam.




Jangan buang air rebusan ikan. Asingkan. 
Simpan untuk buat kuah. Letak atas dapur. Panaskan.


Air Rebusan Ikan

Ikan Rebus


Asingkan isi ikan dan tulang.




Kisar bawang merah, belacan dan cili boh.




Siap kisar.




Masukkan bahan kisar ke dalam air rebusan ikan. Kacau-kacau.





Masukkan bunga kantan.




Masukkan asam keping. Kacau sikit.




Kalau ada daun kesom, masukkan sekali ya.
Kisar isi ikan. Ikut taste masing-masing, ada suka kasar-kasar. Light jela blend ya.




Masukkan ikan blend tadi dalam periuk. MekLing buh je dalam blender bekas bawang tadi. Tak yah basuh. Kacau-kacau.




Ambik tulang dan kepala ikan tadi, kisar. Masuk air sikit.
Kemudian tapis. Amik air tulang ni. Masuk dalam periuk.




Kacau-kacau. Sesuaikan perasa. Garam dan gula.
Kacau-kacau. Masak dengan api sederhana.

Bagi serasi. SIAP kuah.

Ambik magkuk. Letak laksa yang dah rebus tadi, letak kuah, letak bahan sampingan. SIAP!




SELAMAT SANTAP!





No comments:

Post a Comment