Saturday, January 26, 2013

Resepi Nasi Ayam Mudah

acu cuba test sikit
power tangan yang dah lama tersadai
tekan-tekan kat laptop
buat nasi ayam

sambil-sambil tu
pecah rekod terdahulu
masa buat nasi ayam

kita guna resepi yang mudah sahaja
kita nak
cepat, sedap dan lazat
heeee

(untuk 5-6 orang makan)

AYAM

Rebus
1. ayam yang di potong dan di cuci bersih
2. 4-5 ulas bawang putih
3. 2 cm halia

Ayam di rebus bersama bawang putih dan halia sehingga empuk. 
*saya suka letak bawang putih dengan halia banyak-banyak. bagus untuk keluar angin.

Perap
1. 1 sudu besar kicap pekat
2. 1 sudu besar sos tiram
3. 1 cm halia
4. 3 ulas bawang putih
5. sedikit kicap cair
6. Garam
7. Gula
8. Madu

Bawang putih dengan halia di mayang-mayang halus. 
Campurkan dalam satu bekas semua bahan-bahan.
Masukkan ayam yang di rebus. gaul sebati. 
Perap selama 30 minit. *nak lagi sedap, lagi lama la perapnya.
Kemudian di goreng dalam minyak yang panas

NASI

1. 2 "cetong" beras
2. Air rebusan ayam
3. Butter secukupnya
4. 1 cm halia
5. 4 ulas bawang putih
6. Bunga lawang
7. Buah pelaga
8. 1 batang kayu manis
9. 1 batang serai
10.2 helai daun pandan
11.sedikit pewarna kuning
12.Garam

Halia dan bawang putih di tumbuk kasar
Panaskan butter.
Masukkan halia, bawang putih, bunga lawan, buah pelaga, kayu manis, serai yang telah diketuk,daun pandan.
Panaskan sehingga sedikit garing.
*masak seperti biasa mengunakan rice cooker
Masukkan air rebusan ayam.
Kemudian, masukkan beras.
Tambahkan sedikit pewarna dan garam.

SOS

1. 5-6 biji cili merah
2. 5-6 ulas bawang putih
3. 1 cm halia
4. 1 sudu besar cuka masakan
5. garam secukup rasa
6. gula secukup rasa
7. air rebusan ayam secukupnya

Semua bahan-bahan di blend.
kemudian di masak seketika di atas dapur

SUP

1. Air rebusan ayam
2. 1 biji bawang besar
3. Rempah sup
4. Garam secukup rasa
5. Daun sup

Bawang besar di blend.
Didihkan air rebusan ayam bersama bawang besar, remah sup seketika.
Masukkan garam.
Masukkan daun sup.

KICAP

1. Kicap manis
2. Gula
3. 2-3 biji cili merah
4. Sedikit air rebusan ayam

Semua bahan-bahan di blend sehingga sedikit pekat.

SAYURAN

1. Daun salad
2. Timun batang
3. Tomato

Dipotong halus, enak-enak dimakan


Selamat menjamu selera


jom MAKAN!




6 comments:

  1. Dah try... memang mudah but yummy..😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaahhh...terima kasih...sedapnyeeee...ni resepi kakak kita..😘

      Delete
    2. Waaahhh...terima kasih...sedapnyeeee...ni resepi kakak kita..😘

      Delete
  2. Dah try... memang mudah but yummy..😋

    ReplyDelete
  3. Dah try... memang mudah but yummy..😋

    ReplyDelete